Hospital Queen Elizabeth II

Imbasan Sejarah

Hospital Queen Elizabeth II yang dulunya dikenali sebagai Sabah Medial Centre (SMC) sebuah hospital swasta, kini merupakan sebuah Hospital Kerajaan Malaysia.

Idea untuk menjadikan SMC ini sebagai salah sebuah hospital kerajaan adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang tidak selamat untuk digunakan dan terpaksa dirobohkan serta dibina semula.

Ekoran dari masalah tersebut dan bagi menampung pesakit dari HQE yang semakin bertambah, maka Kerajaan Malaysia telah meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia membeli Sabah Medical Centre (SMC) untuk dijadikan Hospital Kerajaan. Pasa yang sama juga kerajaan merancang untuk menjadikan HQE II sebagai sebuah Pusat Kardiotorasik di Negeri Sabah.

Sejarah Hospital Queen Elizabeth II telah bermula apabila satu Perjanjian Jual Beli ditandatangani (Signing of Sales & Purchase). Perjanjian dan tandatangan tersebut telah menukar nama SMC kepada Hospital Queen Elizabeth II pada 09 Sept 2009 dan beroperasi sepenuhnya pada 3 November 2009.


Pengambil alihan ini kemudiannya disusuli dengan beberapa kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di setiap tingkat bangunan, yang bermula pada akhir bulan Februari 2010 dan siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2011.

Majlis Pelancaran HQE II sebagai Pusat Rawatan Jantung Negeri Sabah (SABAH HEART CENTRE) telah diadakan pada 1 Februari 2012 yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Rosnah Hj Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. 
Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II