Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Ortodontik

PENGENALAN

Perkhidmatan Kepakaran Ortodontik di Negeri Sabah sudah beroperasi selama 23 tahun.

Pakar Ortodontik yang bertugas di klinik ini merawat semua pesakit yang dirujuk dari seluruh Negeri Sabah termasuk W.P Labuan, Limbang dan Lawas untuk Negeri Sarawak.

Perkhidmatan kepakaran Ortodontik adalah bertujuan untuk memberi rawatan kepakaran ortodontik kepada pesakit-pesakit yang mengalami maloklusi dan kelainan dentofasial.

Kumpulan sasaran utama adalah untuk kanak-kanak sekolah berumur di bawah 18 tahun dan orang dewasa yang memerlukan rawatan pendekatan secara bersepadu/berpasukan yang melibatkan berbagai disiplin (multidisciplinary management).

 

 

VISI 

• Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk Negeri Sabah sejajar dengan peningkatan kualiti hidup.


MISI 

• Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian kepada rakyat Negeri Sabah bertujuan mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha mempromosikan tabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti, berteknologi sesuai kearah pencapaian kepuasan pelanggan.
 
 
 

 

OBJEKTIF 

Untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat dengan memperbaiki perkhidmatan rawatan, penggalakkan, pencegahan dan pemulihan yang berkesan.


OBJEKTIF PERKHIDMATAN ORTODONTIK

Untuk meninggikan Taraf kesihatan pergigian rakyat terutama sekali dengan memberikan perkhidmatan rawatan ortodontik aktif, rawatan ortodontik intersentif dan perundangan tentang rawatan.


OBJEKTIF KHUSUS

Untuk pencapaian :
1. Gigitan yang ideal
2. Mengunyah dengan sempurna
3. Pertuturan fasih dan jelas
4. Profil yang unggul
5. Senyuman manis sepanjang hayat
PIAGAM PELANGGAN  

Unit Fisioterapi

KEWAJIPAN ORGANISASI

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas.
2. Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Jururawat Pergigian Ortodontik/Pegawai Pergigian / Pakar Ortodontik dalam masa yang tidak melebihi 30 minit dari masa temujanji yang diberi kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
3. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas tentang rawatan yang akan diberikan.
4. SEtiap pelanggan akan diberi perkhidmatan pergigian yang sewajarnya secara cekap dan professional.
5. Segala maklumat mengenai pelanggan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit tertakluk kepada undang-undang.

KEWAJIPAN PELANGGAN

1. Mematuhi tarikh/masa temujanji yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kelewatan untuk dirawat oleh Jururawat Ortodontik / Pegawai Pergigian / Pakar Pergigian Ortodontik. Pelanggan yang hadir tanpa temujanji akan dirawat sekiranya kecemasan, jika tidak, mereka mungkin akan diberikan temujanji baru.
2. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada perawat jika terdapat sebarang masalah perubatan yang dialami sebelum menjalani rawatan.
3. Membawa dokumen seperti kad pengenalan, surat beranak, surat rujukan dan lain-lain yang berkaitan seperti surat majikan/passport.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II