Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Kardiologi

PENGENALAN

Perkhidmatan Kardiologi pada awalnya merupakan sebuah unit dibawah Jabatan Perubatan Am Hospital Queen Elizabeth yang terdiri dari perkhidmatan Klinik Pakar, perkhidmatan Non-Invasive Cardiovascular (NICL) dan Unit Rawatan Koronari (CCU).

Perkhidmatan Kardiologi, Hospital Queen Elizabeth II merupakan sebuah Jabatan   dibawah Perkhidmatan Kardiologi-Kardiothorasik. Merupakan sebuah Pusat Rawatan Jantung yang ke 9 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang ke dua di Malaysia Timur selepas Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

Memberikan Perkhidmatan tertiari kardiologi untuk seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Lawas Sarawak.

Terdapat 5 buah unit di bawah Jabatan Kardiologi iaitu:

  • Klinik Kardiologi
  • Non- Invasive Cardiovascular Laboratory (NICL)
  • Wad Rawatan Koronari (Coronary Care Unit/CCU)
  • Wad Rehabilitasi Jantung (Coronary Rehabilitation Ward/CRW)
  • Makmal Invasif Kardiovaskular (Invasive Cardiovascular Laboratory/ICL)

Pusat Jantung Sabah dirasmikan pada 1 Februari 2012 oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada masa itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

VISI

Menjadi pusat serantau dibidang kardiologi yang merangkumi perkhidmatan yang berkualiti tinggi, dan juga pusat yang menekankan pendidikan dan penyelidikan.

Pertama, penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kardiologi tertiari yang komprehensif untuk mencapai kesihatan kardiovaskular yang optimum berpusatkan pesakit, cekap dan memberi tumpuan kepada keselamatan.

Kedua, Muktahir pengetahuan dan kemahiran, menggalakkan budaya pembelajaran-pengajaran sepanjang hayat dikalangan anggota, pesakit dan masyarakat.

Ketiga, Komitmen kepada kemajuan saintifik perubatan kardiologi melalui pembangunan dan penyelidikan.

Pengelibatan perkongsian professional orang awam-pesakit untuk memudahkan strategi pencegahan-pemulihan untuk mencapai pejagaan yang optimum dan kesejahteraan pesakit dan masyarakat.

Budaya korporat: Penyayang, Kerja Berpasukan, Profesionalisme.

MISI

MISI 2011-2015

  • Mission 1: Interventional Cardiology
  • Mission 2: Cardiac imaging
  • Mission 3: MI reperfusion
  • Mission 4: HF Program
  • Mission 5: Acute chest pain assessment
  • Mission 6: Rheumatic heart disease program
  • Mission 7: Cardiac rehabilitation program
  • Mission 8: Human Resource development
  • Mission 9: Quality & Safety Management
  • Mission 10: Primary-Tertiary partnership
  • Mission 11: Telecardiology & Health informatics
  • Mission 12: Research development

MISI 2016-2020

  • Misi 1: Interventional Cardiology
  • Misi 2: Cardiac imaging
  • Misi 3: Acute Chest Pain Management
  • Misi 4: Heart Failure (HF) Program
  • Misi 5: Cardiac Rhythm Management (CRM) program
  • Misi 6: Rheumatic Heart Disease (RHD) program
  • Misi 7: Cardiac Rehabilitation Program
  • Misi 8: Human Resource Development
  • Misi 9: Quality & Safety Management 10: Primary-Tertiary Partnership
  • Misi 11: Telecardiology & Health Informatics
  • Misi 12: Research Development

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan selamat kepada semua pesakit jantung.

 

SKOP PERKHIDMATAN 

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan.
  2. Setiap pelanggan akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam tempoh 90 minit masa menunggu.
  3. Setiap pelanggan akan dipastikan menjalani prosedur yang selamat, professional dan mengikut protokol perubatan semasa.

SKOP PERKHIDMATAN 

  1. Memberikan Perkhidmatan Kepakaran Kardiologi

  2. Memberikan perkhidmatan pemeriksaan diagnostik Non-Invasif (NICL)
  3. Memberikan perkhidmatan Invasif /Intervensi Jantung. (ICL)
  4. Menjalankan program rehabilitasi Jantung fasa I dan fasa II.
  5. Melakukan rujukan kes-kes untuk rawatan lanjut ke pusat kardiologi lain –untuk kes-kes tertentu.
  6. Menjalankan penyelidikan saintifik Kardiologi (tempatan dan antarabangsa).
  7. Memberikan latihan berterusan kepada kakitangan dan pelatih.
Image

LOKASI

 

Tingkat 5:

  • Klinik Kardiologi
  • Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL)
  • Perkhidmatan Rehabilitasi Jantung Fasa 2.

Tingkat 7:

  • Wad 7C
  • Wad Rehabilitasi Jantung (Cardiac Rehabilitation Ward/CRW)

 

Tingkat 8

  • Unit Rawatan Koronari (Coronary Care Unit/CCU ) berkongsi pintu utama dengan CICU.
  • Makmal Invasif Kardiovaskular( Invasive Cardiovascular Laboratory/ICL) berkongsi pintu utama dengan Dewan Bedah Kardiothorasik (Cardiothoracic Operating Theater /COT). Terletak bersebelahan dengan CCU.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II