Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Anestesiologi

PENGENALAN

Perkhidmatan Penjagaan Kritikal merupakan satu perkhidmatan yang memberikan penjagaan rapi kepada pesakit. Perkhidmatan dan penjagaan rapi ini diberikan mengikut standard dan protokol, kakitangan yang terlatih dan kemudahan yang lengkap serta dalam keadaan yang selamat.

Unit Rawatan Rapi, Hospital Queen Elizabeth II telah mula beroperasi pada tahun 2008. Terletak di aras 2, bersebelahan dengan unit Haemodialisis, Medical High Dependency Unit dan Neuro High dependency Unit. Unit ini di bawah jagaan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi.

Beroperasi pada mulanya dengan tujuh buah katil dan merupakan perkhidmatan sokongan kepada kes-kes pre dan pos pembedahan, perkhidmatan telah diperluaskan lagi dengan penambahan tiga buah katil menjadikannya beroperasi dengan 10 buah katil rasmi. Pada tahun 2013 bilangan katil rasmi telah ditambah kepada 14 buah katil. Ini disebabkan keperluan untuk perkhidmatan rawatan rapi semakin bertambah di mana ia juga telah menambahkan lagi skop perkhidmatan kepada disiplin lain seperti medikal.

Pada tahun 2014 jumlah katil rasmi telah diturunkan kepada 12 kerana 2 buah katil telah diberikan kepada Paediatric Intensive Care Unit.

VISI
Jabatan Anestesiologi Hospital Queen Elizabeth 2 akan menjadi pusat rujukan anesthesia untuk pembedahan dan rawatan rapi yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang professional, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.

 

MISI

  • Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi berhasrat untuk menjadi pusat rujukan anesthesia dan rawatan rapi yang cemerlang dengan;

  •  Pembentukan perkhidmatan anesthesia, peri-operatif, pencegahan kesakitan dan rawatan rapi yang komprehensif.

  • Perlaksanaan perkhidmatan yang berkualiti, kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.

  • Memupuk dan membentuk anggota yang profesional, terlatih, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang.

  • Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan yang diperakui.

OBJEKTIF

1. Memberi rawatan intensif yang berkualiti, selamat dan professional.

2. Mewujudkan nilai kualiti kerja berpasukan dengan pelbagai jabatan, unit untuk       mencapai perawatan pesakit yang optima.



 

 


 

 

PIAGAM PELANGGAN 

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, jujur dan ikhlas.

2. Setiap pesakit haruslah ditempatkan di katil serta-merta.

3. Setiap pesakit baru akan diperiksa oleh pegawai perubatan bius serta-merta.

4. Waris terdekat dan sah akan diberi penerangan yang jelas mengenai perkembangan semasa pesakit.


KEWAJIPAN PELANGGAN 

1. Hanya 2 orang pelawat dibenarkan melawat seorang pesakit pada satu masa.

2. Sila patuhi masa melawat yang ditetapkan.
FUNGSI UTAMA
  • Memberi rawatan intensif untuk pesakit yang kritikal. Ia merangkumi pelbagai disiplin seperti perubatan, pembedahan, orthopedik, neurosurgery, urologi, plastik dan rekonstrutif, ENT, mata, pergigian, nefrologi, respiratori dan sebagainya.
  • Pakar bius, intensivist, dan pengawai perubatan bius akan memberi rawatan rapi 24jam sehari.
  • Pakar-pakar dan pegawai perubatan dari pelbagai disiplin berkenaan akan memberi rawatan, membuat rondaan dan bertugas atas panggilan 24 jam sehari.
  • Perawatan rapi kejururawatan akan diberikan 24 jam secara berterusan.


 

 
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II