Image

Piagam Pelanggan

TERAS PIAGAM

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Queen Elizabeth II
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
  1. Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Hospital ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
  2. Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
TARAF PERKHIDMATAN
  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
  1. Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  2. Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
PENDIDIKAN KESIHATAN

Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN PELANGGAN 

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan/Hospital Queen Elizabeth II melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan 
  2. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
  3. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II