Image

Perutusan Pengarah

DR. HAJI RAZAK BIN TAMBI
DR. HAJI RAZAK BIN TAMBIPengarah
HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II
Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku,
 
    Selaras dengan perancangan kerajaan ke arah melaksanakan Kerajaan Elektronik, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah tidak terpinggir dari arus perkembangan tersebut. Penyediaan Laman Web Rasmi Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) merupakan satu langkah penting yang telah diambil. Melalui laman web ini, HQE II akan mempamerkan maklumat berhubung dengan organisasi, peranan dan tanggungjawab HQE II serta juga menyampaikan segala maklumat yang berkualiti kepada penduduk di negeri Sabah.
  Dengan penyediaan laman web ini, adalah diharapkan agar semua penduduk Sabah mendapat peluang untuk mempelajari dan memahami secara lebih dekat tentang peranan dan tanggungjawab HQE II. Dengan wujudnya laman web ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan ini kepada rakyat dan negara.
 
   Saya berharap agar semua pihak akan menggunakan laman web ini dan mendapat manfaat daripadanya.
 
Sekian, terima kasih.
Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II