Image

Bahagian Sokongan Klinikal

PENGENALAN
Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II). Ia memberikan perkhidmatan farmasi yang seragam, standard dan efektif termasuk perolehan, pembekalan, pengawalan produk farmaseutikal, pemberian maklumat ubat-ubatan kepada kumpulan anggota kesihatan dan juga pesakit agar ubat yang dibekalkan memberikan kesan rawatan yang optima.

 

VISI
Untuk memberi perkhidmatan farmasi yang terbaik untuk kesihatan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

 

MISI
Ke arah perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan mengutamakan konsep integriti, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi negara.

 

OBJEKTIF
  • Memastikan bekalan farmaseutikal dan alat-alat perubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan dalam rawatan serta penjagaan pesakit.
  • Memberi perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.

 

PERKHIDMATAN JABATAN FARMASI

Jabatan Farmasi HQE II menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

  • Pembekalan ubat kepada pesakit-pesakit dari klinik-klinik, Jabatan Kecemasan dan Wad-wad/ Unit-unit di HQE II
  • Pembekalan ubat kepada pesakit luar “Nilai Tambah”
    • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • SMS & Ambil
    • Farmasi Pandu Lalu di UTC
    • Perkhidmatan Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • Kaunseling Ubat-ubatan kepada pesakit luar dan dalam
  • Pemberian maklumat ubat
  • Pemantauan ubat yang memerlukan analisa farmakokinetik, kesan advers ubat dan alahan pesakit
  • Persediaan ubat-ubat steril dan bukan steril untuk kegunaan pesakit di HQE II dan hospital lain di negeri Sabah
  • Pembungkusan semula ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit
  • Perkhidmatan farmasi dalam wad (klinikal)
  • Perolehan dan bekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan/ pembedahan pakaibuang untuk kegunaan pesakit di HQE II
  • Perkhidmatan “Medication Therapy Adherence Clinic” oleh Pegawai Farmasi yang terlatih. MTAC sedia da (terkini sehingga April 2018 adalah MTAC Antikoagulasi, MTAC Heart Failure dan MTAC Diabetes Mellitus (DMTAC).
  • Latihan untuk Provisionally Registered Pharmacists (PRP) dan MTAC Antikoagulasi & DMTAC

Waktu OperasiUnitFarmasi

 

MTAC

Hari

Masa

Warfarin

Rabu

1:00 petang – 5:00 petang

Heart Failure

Jumaat

9:00 pagi – 5:00 petang

Diabetes Mellituus

Isnin

9:00 pagi – 1:00 petang

WAKTU OPERASI JABATAN FARMASI

Unit
Masa Operasi
Farmasi Pesakit Luar

7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat)

10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Farmasi Pesakit Dalam

7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat)

10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Farmasi Satelit

8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja)

Farmasi Logistik

8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja)

Farmasi Pengeluaran Bukan Steril / Galenikal

8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja)

Farmasi Pengeluaran Steril

8:00 pagi - 5:00 petang (hari bekerja Isnin hingga Jumaat)

Bertugas ’On call’ pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

 

  • Pembekalan ubat-ubatan ke wad selepas jam 10:00 malam setiap hari termasuk cuti minggu dan cuti umum adalah dibekalkan atas panggilan.
  • Perkhidmatan MTAC di adakan di klinik-klinik berkaitan mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap minggu.
LATAR BELAKANG
Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth II merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang sebelum ini beroperasi sebagai Unit Tabung Darah di bawah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth. Mulai 10 September 2015, Unit ini telah berpisah dari Jabatan Patologi serta berpindah ke Hospital Queen Elizabeth II sebagai Jabatan Perubatan Transfusi. Jabatan ini beroperasi secara menyeluruh mulai 1 Januari 2016 dan diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Transfusi. Jabatan ini menawarkan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang merangkumi rekrutmen penderma darah, pengurusan penderma darah, pemprosesan darah dan komponen darah, penyaringan serta pembekalan darah kepada pesakit disamping menjadi pusat rujukan dan latihan peringkat Negeri Sabah. Di samping itu khidmat konsultasi transfusi klinikal juga ditawarkan bagi hospital-hospital kerajaan dan hospital-hospital swasta di keseluruhan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  
VISI
Ke arah Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti dan selamat dalam mengoptimakan perawatan pesakit sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI
Misi Jabatan ini adalah selaras dengan misi Pusat Darah Negara iaitu memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang cemerlang melalui:
  1. Peningkatan bekalan darah yang selamat dan berterusan dengan mengimplementasikan secara komprehensif program-program kualiti seperti recruitment & retention programme, Good Manufacturing Practice (GMP) dalam pemprosesan komponen darah dan program penyaringan darah yang menepati piawaian kebangsaan.

  2. Melahirkan anggota yang berilmu dan peka dengan perubahan teknologi semasa terutama dalam memenuhi keperluan pelanggan serta bersikap profesional demi kecemerlangan perawatan pesakit.

OBJEKTIF
  • Mewujudkan pool of safe donors dengan menggalakkan pendermaan darah secara sukarela tanpa bayaran (voluntary non-remunerated) di kalangan masyarakat serta memastikan >60% adalah penderma berulang.
  • Sentiasa memastikan bekalan darah yang selamat mencukupi untuk kegunaan semua pesakit.
  • Menggabungkan progam Quality Assurance di dalam semua prosedur yang melibatkan Perkhidmatan Perubatan Transfusi.
  • Memastikan ujian penyaringan darah dihantar dari 14 buah pusat kutipan darah di bahagian Pantai Barat Negeri Sabah adalah mengikuti standard yang telah ditetapkan.
  • Menggalakkan amalan transfusi yang baik (Good Transfusion Practice) mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap penderma akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
  • Pendaftaran, pemeriksaan darah, kaunseling dan pengambilan darah dilakukan dalam masa 45 minit.
  • Setiap penderma yang bermasalah akan dihubungi dalam masa 2 minggu selepas pendermaan untuk sesi kaunseling dan pemeriksaan lanjut.
  • Semua keputusan ujian saringan terhadap penderma dan keputusan ujian adalah SULIT.
  • Setiap penderma darah berwarganegera Malaysia akan mendapat keistimewaan rawatan di hospital kerajaan mengikut kekerapan menderma.
  • Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat tepat pada masa yang diperlukan.
  • Tempoh penyaringan untuk kutipan darah adalah seperti berikut;
    • HQE, HQE II & HWKKS: 24 jam
    • Hospital-hospital lain : 3 hari bekerja (apabila bekalan reagen mencukupi)
  • Darah berfenotip akan dibekalkan dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan sekiranya bekalan adalah mencukupi (tempoh adalah termasuk permohonan ke Pusat Darah Negara).
  • Setiap perkhidmatan yang diberikan akan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh Sistem Kepastian Kualiti.
LOKASI
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Perolehan Darah yang bertempat di tingkat bawah tanah Hospital Queen Elizabeth II bersebelahan Central Sterilization Service Unit (CSSU) dan Jabatan Perubatan Forensik serta Bahagian Makmal yang bertempat di tingkat dua hospital yang sama.

CARTA ORGANISASI

LATAR BELAKANG
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.
 
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
 
MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
 
OBJEKTIF
  1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
  3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
 
PIAGAM PELANGGAN
  1. Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  2. Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
  3. Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
 
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di HQEII adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.
Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.
 
 
TERAPI SOKONGAN
Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:
  1. Khidmat Perundingan
  2. Sokongan Emosi
  3. Intervensi Krisis
meliputi kes keganasan rumah tangga ibu tanpa nikah penderaan dan pengabaian kanak-kanak jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.
 
 
Bantuan terapi sokongan diberi kepada:
  • Pesakit warganegara Malaysia.
  • Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
  • Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
 
BANTUAN PRAKTIK
Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek:
  1. bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
  2. penempatan institusi
  3. mengesan waris.
 
Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.
  • Bantuan praktik yang melibatkan bantuan kewangan dan penempatan institusi hanya diberi kepada pesakit warganegara Malaysia.
  • Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi bagi mengesahkan pengenalan diri.
 
PENGENALAN
  • Unit Dietetik dan Sajian (UDS), HQE II mula beroperasi sejak bulan Mei 2010.
  • Lokasi UDS  :  Basement (bersebelahan dengan HSS Linen dan berhampiran dengan Central Medical Store.) 
PERKHIDMATAN UTAMA
  1. Perkhidmatan Dietetik (Tingkat 8)
  2. Perkhidmatan Sajian (Basement)
VISI
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik dan sajian untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI
  1. Perkhidmatan Dietetik
    • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidenced based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
    • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
  2. Perkhidmatan Sajian
    • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
    • Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip HALAL, GMP dan HACCP.
    • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
OBJEKTIF
  1. Perkhidmatan Dietetik
    • Untuk memastikan khidmat “ nutrition care proses” bagi oral diet serta “nutrition support” diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan.
    • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
  2. Perkhidmatan Sajian

    • Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan dari wad.
    • Untuk memastikan diet dibekalkan kepada Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan dan Pegawai Perubatan dan paramedik yang bertugas di dewan bedah.
    • Untuk memastikan khidmat ‘nutrition care proses’ bagi oral diet serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan.
    • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan

PENGENALAN

Kesihatan awam Hospital Queen Elizabeth II telah di wujudkan pada tahun 2013. Kewujudan unit ini membantu bagi meyelaras jawatankuasa bagi melaksanakan fungsi-fungsi yang perlu bagi sebuah hospital pakar. unit kesihatan awam telah menjalankan skop kerja yang di amanahkan mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia dan sentiasa merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri sabah.

 

VISI

Unit kesihatan awam sebagai unit kecemerlangan, kredibiliti dan berwawasan

 

MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan cekap mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kualiti kerja serta sentiasa merancang bagi mencapai integrity unit yang di segani dan di hormati.

 

OBJEKTIF
Memastikan  15% Notis Seksyen 32B di Bawah Akta Makanan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2004, Peraturan 11 ( b) . Bagi Kesalahan Merokok Dalam Kawasan Hospital Queen Elizabeth II. 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bersopan santun., ikhlas dan cekap.
  2. Memberikan maklumat yang jelas dan maklumbalas yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  3. Menyediakan laporan yang diperlukan secara berkala mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan secara tetap.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

  1. Memantau dan mengumpul data bagi kes penyakit berjangkit di Hospital
  2. Menjadi penyelaras bagi kejadian wabak/Kluster yang berlaku di fasiliti Hospital
  3. Memantau kelewatan notifikasi bagi fasiliti Hospital pada tahap ≤ 1 kes seperti yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

2. KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

  • Menjalankan pemeriksaan premis makanan di Hospital dan sekitar Hospital

3. INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN

Menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah akta :-

  1. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan-2004
  2. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1985
  3. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
  4. Akta Makanan 1983 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009)


4. KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

  • Penyeliaan aktviviti pemusnahan tempat pembiakkan aedes dan semburan thermal di kawasan hospital

5. KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

6. KESIHATAN PERSEKITARAN



WAKTU BEROPERASI

JAM 8.00 PAGI – JAM 5.00 PETANG


HUBUNGI KAMI

TALIAN EXTENSION : 2069

EMAIL : uka.hqe2@gmail.com                                                                 

 

DIREKTORI STAF

EXT NO: 2069

  1. NAMA : RICKY R JIUS LAWASA ( PPKP U29)

    EMAIL : uka.hqe2@gmail.com

  2. NAMA : MOHD. SHAZWAN BIN RAMAMUTEH ( PKA U19)
    EMAIL : uka.hqe2@gmail.com / shaz170993@gmail.com

PENGENALAN
Unit Klinik Anggota HQE II mula beroperasi pada 7.10.2013.
Wujudnya klinik anggota ini pada mulanya untuk mencapai KPI Pengarah dalam pemeriksaan kesiihatan anggota berumur 40 tahun dan keatas pada tahun 2013.  Dengan anggota seramai 3 orang iaitu seorang Pegawai Perubatan (Juga bertanggungjawab menjaga Unit Kualiti) seorang Jururawat Terlatih dan seorang Jururawar Masyarakat.

VISI
Unit ini komited dalam memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja hospital

MISI
Ke arah penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja HQE ll agar     anggota dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti semasa  menjalankan tugas.

OBJEKTIF
 –
  • Untuk menyediakan aksess perkhidmatan yang mudah kepada warga kerja HQE ll
  • Memantau saringan kesihatan dikalangan warga kerja berumur 40 tahun ke atas
  • Pengesanan awal bagi penyakit “Non Communicable Disease” dikalangan warga kerja
PIAGAM PELANGGAN
  • Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, mesra, dan berkualiti.

  • Perkhidmatan akan diberi mengikut keutamaan keadaan atau giliran pelanggan. keutamaan diberikan kepada anggota yang datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan kemudian anggota yang datang pemeriksaan Medical Check Up 40 tahun ke atas.

  • Klinik anggota akan menjaga maklumat kerahsiaan peribadi, penyakit dan rawatan yang diberi kepada pelanggan terjamin.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa serta selamat disediakan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
 
Klinik Anggota menyediakan  perkhidmatan kesihatan kepada semua warga Hospital Queen Elizabeth II seperti berikut:
  1. Rawatan Primary-care (zon hijau)
  2. Saringan TB dikalangan anggota
  3. Menjalankan Medical Surveillence
    • Unit Penggangkutan
    • Jabatan radiologi
    • Unit Sajian
    • Pemeriksaan 40 tahun keatas
  4. Saringan Penyakit Non-cummicable disease (NCD) KPI 3.5
  5. Sharp Injury Surveillence
  6. Saringan Hepatitis B
  7. Medical check up Further study
  8. Pemberian vaksin ( Influenza, Typoid)
** Masalah kesihatan  yang disyaki akut atau rumit akan dirujuk ke Jabatan kecemasan dan trauma bagi rawatan  selanjutnya.
 
** Perkhidmatan kesihatan yang disediakan tidak merangkumi ahli keluarga kakitangan hospital. Bagi masalah tersebut hendaklah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan

WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Jumaat - 8.00am – 5.00pm

HUBUNGI KAMI 
Ext - 2160
Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II