Image

Medical High Dependency Unit

PENGENALAN

Unit ini dahulunya berada di Hospital Queen Elizabeth di bangunan lama Blok A sebelum di arahkan berpindah ke Hospital Queen Elizabeth 2 pada bulan Oktober 2012. Unit ini mempunyai 5 buah katil secara keseluruhannya, termasuk 1 katil isolasi.

Pewujudan unit ini adalah untuk menampung keperluan pesakit kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan dan memerlukan penjagaan yang rapi. Unit ini terletak di aras 2 dan terletak sebelah menyebelah dengan Unit Rawatan Rapi dan Neuro High Dependency Unit.
VISI 

• Medical HDU 2 berazam menjadi pusat rujukan perubatan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan rapi yang berkualiti, cekap dan berkesan.

MISI 

• Memberikan rawatan rapi kepada pesakit kritikal dan menjadi pusat rujukan perubatan kepada subspesialiti perubatan serta memberikan latihan rawatan rapi kepada peagawai perubatan siswazah.
 
 
 

 

OBJEKTIF JABATAN 

• Memberi penjagaan rapi kepada pesakit yang memerlukan ventilasi invasive (ventilator).
• Memberikan perawatan resusitasi dalam kecemasan.
• Menjalankan rawatan rapi dan berterusan kepada pesakit yang kritikal dan memerlukan ‘inotropes’.
• Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada pesakit sepanjang hospitalisasi.
• Memberi penjagaan kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialysis di dalam unit.
BAHAGIAN WAD

1.Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik,mesra,bertimbangrasa,hormat dan bersopan –santun, jujur dan ikhlas.

2.Selepas tiba diwad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.

3.Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 20 minit.

4.Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 1 jam.

5.Setiap pesakit diberi jaminan najawa kehormatanya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan nya tertakluk kepada undang-undang.

6.Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.


DISCAJ

1.Pesakit akan diberitahu 24 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.

2.Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berilut semasa discaj :-

2.1 Maklumat temujanji

2.2 Risalah rawatan susulan

2.3 Surat rujukan kepada pakar / Pegawai Perubatan.

2.4 Resit bayaran discaj Hospital bagi pesakit bukan warganegara Malaysia.

2.5 Nasihat
FUNGSI UTAMA 

• Kawalan dan rawatan rapi, diagnose rawatan untuk pesakit lelaki dan     perempuan.
• ‘recuperation’ dan discaj.
• Pegawai perubatan akan membuat rawatan rapi setiap hari 24 jam.
• Rawatan rapi (nursing care) diberi dalam sepanjang hari (24 jam).
• Sebahagian daripada pesakit yang keadaannya sudah stabil akan di   pindahkan mengikut wad masing-masing untuk meneruskan rawatan   kejururawatan dan pengubatannya.
• Kawalan penyakit berjangkit.
• Penyembuhan dan discaj.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II