Image

Jabatan Pembedahan Am

PENGENALAN

JABATAN PEMBEDAHAN SUB-KEPAKARAN

Wad pembedahan lelaki (7B)dengan 37 buah katil termasuk isolasi dan perempuan (7A) 34 buah katil terletak di Aras 7 (HQE II) .

Disebabkan oleh naik taraf perkhidmatan Pembedahan Am Katil beroperasi dikurangkan kepada 24 buah katil kerana kekurangan staf sejak 1/12/2016, Semua Pembedahan Am telah berpindah semula ke Hospital Queen Elizabeth dan Head of departmentnya ialah Datin MS Rohamini Saibin, Ms Siti Zubaidah Sharif sebagai ‘Head of department’ Hospital Queen Elizabeth II Dan MR Chuah Jitt Aun sebagai ‘Head Of Deparment’ Peringkat Sabah.

Pada 1.3. 2017 Wad pembedahan lelaki dan perempuan ialah sub kepakaran iaitu vaskular, Payudara dan endokrin dengan katil operasi sebanyak 15 buah setiap wad.
VISI 

Jabatan Pembedahan Sub- kepakaran Hospital Queen Elizabeth II akan menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang professional , berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselasaan pesakit.

MISI 

Jabatan pembedahan Hospital Queen Elizabeth II berhasrat untuk menjadi pusat rujukan pembedahan yang cemerlang dengan:
• Pembentukan perkhidmatan yang komprensif yang merangkumi aspek- aspek penggelakan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan perawatan paliatif.
• Perlaksanaan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
• Memupuk dan membentuk anggota yang profensional, terlatih berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang.
• Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan pembedahan yang diperakui.
 
 
 

 

OBJEKTIF 

Memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan yang menghidap penyakit atau masalah berkaitan pembedahan(sub- kepakaran) dengan tepat, berkesan dan mesra berteraskan elemen Budaya Koporat kementerian Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN  

Jabatan Pembedahan Sub-kepakaran

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur.

2. Masa 30 minit dari daftar kemasukan dibuat sehingga pesakit diterima masuk wad.

3. Penempatan dilakukan dalam masa 20 minit pesakit dimasukkan ke wad.

4. Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit.

5. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

DISCAJ

6. Pesakit akan diberikan discaj ‘Planning ‘ semasa discaj :-
6.1 Maklumat temujanji.
6.2 Ringkasan discaj.
6.3 ‘Dressing Slip’ preskripsi ubat dan lain-lain jika ada.
6.4 Risalah rawatan susulan.
6.5 Surat rujuk kepada Pakar/ Pegawai Perubatan klinik swasta yang       merujuk.
6.6 Resit bayaran discaj hopital untuk semua pesakit.
6.7 Nasihat dan pendidikan kesihatan.
FUNGSI UTAMA ( UMUM ) 

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

Klinik Pakar Payudara.
Klinik Pakar Vaskular.
Klinik Pakar Endokrin.
Klinik Pakar Obesiti.

2. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

• Pengurusan menerima kemasukan pesakit ke wad.
• Pengurusan pesakit discaj.
• Pengurusan pesakit sebelum pembedahan.
• Pengurusan pesakit selepas pembedahan.


FUNGSI UTAMA ( KHUSUS ) 

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

• Pengurusan rekod perubatan pesakit.
• Penerimaan dan Pendaftaran pesakit.
• Membantu dalam pemberian rawatan pesakit luar.

2. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

• Pengurusan kemasukan pesakit menjalankan pembedahan sehingga discaj dari wad.
• Pengurusan selepas pembedahan.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II