Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Ortopedik

PENGENALAN

Memberi perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit mengalami masalah System Musculorskletal seperti : -

     -   Kecederaan  parah
     -   Penyakit  persendian  tulang
     -   Kecacatan  semulajadi  tulang, pertumbuhan  dan  infeksi / jangkitan tulang.

Meningkatkan  kesedaran  di kalangan  masyarakat  mengenai  dengan  masalah  Musculoskeletal.

Memberi perkhidmatan latihan dalam bidang ortopedik, trauma dan rehabilitasi kepada pegawai perubatan dan lain-lain anggota.

Sebagai institusi rujukan, memberi perkhidmatan perundingan / nasihat dan pengurusan rawatan pesakit bagi kes-kes rumit.

VISI

Jabatan  Ortopedik  Hospital  Queen  Elizabeth II  akan  menjadi  pusat  rujukan   Ortopedik  yang  menyediakan  perkhidmatan  ortopedik  yang  komprehensif  dan  berkualiti  termasuk  latihan  dan  penyelidikan  melalui  anggota  pasukan  yang  profesional, berdedikasi, efisyen  dan  bersifat  penyayang  dengan  penekanan  terhadap  maruah  dan  keselesaan  pesakit.

 


MISI


Jabatan  Ortopedik  Hospital  Queen  Elizabeth  berhasrat  untuk  menjadi  pusat  rujukan  Ortopedik  yang  cemerlang  dengan :-

     -   Pembentukkan  perkhidmatan  Ortopedik  yang  komprehensif  yang  merangkumi  aspek – aspek  penggalakkan, pencegahan, penyembuhan,  pemulihan dan  perawatan  palliatif.
     -   Pelaksanaan  perkhidmatan  Ortopedik  yang  berkualiti  melalui  kerja  berpasukan  dengan penekanan  terhadap  maruah  dan  keselesaan  pesakit
     -   Membangunkan  Jabatan  untuk  menjadi  pusat  latihan  dan penyelidikkan  Ortopedik  yang  diperakui.
 
 
 

 

Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II