Hospital Queen Elizabeth II

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik

PENGENALAN

Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia telah berjaya dilakukan pada tahun 60-an di Kuala Lumpur. Sejurus dengan perkembangan dalam bidang ini, Hospital Queen Elizabeth II merupakan hospital yang ke-5 dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang dapat membekalkan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik.

Jabatan Pembedahan Kardiotorasik Hospital Queen Elizabeth II terdiri daripada 5 komponen asas, iaitu Klinik Kardiotorasik, Wad Kardiotorasik (CTW), Dewan Bedah Kardiotorasik (COT), Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) dan Unit HDU Kardiotorasik. Kelima-lima komponen ini perlu untuk memastikan perkhidmatan yang efisien. Sejak bermulanya perkhidmatan ini iaitu dari bulan Ogos 2010, jabatan ini telah berjaya menjalankan pelbagai jenis pembedahan jantung dan torasik. Hospital Queen Elizabeth II juga merupakan pusat rujukan ‘tertiari’, dan menerima semua kes-kes rujukan dari semua hospital-hospital daerah di negeri Sabah, Utara Sarawak (Hospital Lawas dan Limbang) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehingga bulan Disember 2011, jabatan ini diketuai oleh seorang pakar perunding pembedahan kardiotorasik selaku ketua jabatan ini, dibantui oleh 4 orang pegawai perubatan dan 4 orang pembantu pegawai perubatan. Unit kejururawatan terdiri daripada 1 orang penyelia jururawat, 5 orang ketua jururawat, 42 orang jururawat terlatih dan 2 orang pembantu perawatan kesihatan. 

VISI

Akan menjadi pusat pembedahan kardiotorasik yang terulung dari segala aspek perkhidmatan, perubatan dan pembedahan kardiotorasik di Borneo, Filipina, Indonesia dan kawasan-kawasan sekeliling.

 

MISI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan pembedahan kardiotorasik dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa untuk warga negeri Sabah dan utara Sarawak.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang selamat dan efisien, termasuk penilaian pra-pembedahan, penyediaan pesakit untuk pembedahan dan perlaksaan pembedahan.

Memberikan peruntukan penjagaan wad rawatan rapi kardiotorasik kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan

Menyediakan peruntukan rawatan susulan dan rehabilitasi
Menyediakan perkhidmatan latihan kepada pegawai perubatan dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia

Menjadi pusat pengajaran kardiotorasik dan latihan pakar bedah kardiotorasik yang diiktirafkan sebagai ‘National’ dan ‘International Center’

Menjadi sebuah pusat yang menjalankan peranan yang aktif dalam penyelidikan bidang pembedahan kardiotorasik

 

 

Prepared by Dr. Lee Chang Haur, Department of Cardiothoracic Surgery


 

 


FUNGSI UTAMA  

  • Pembedahan Jantung
  • CABG (pintasan saluran darah jantung), Pembedahan  Injap, Pembedahan Penyakit Jantung Kongenital, RF Ablation Surgery, Vaskular
  • Pembedahan Torasik
  • Pembedahan paru-paru, Pleura, Mediastinum, Bronkoskopi, VATS, Esofagus
  • Perkhidmatan rawatan rapi (Intensive Care Services)
  • Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar  
  • Perkhidmatan Kecemasan Kardiotorasik 
  • Perkhidmatan Latihan Lanjut Bidang Pembedahan Kardiotorasik
LOKASI WAD-WAD DAN FASILITI

Tingkat 2 (beroperasi sementara)
•Dewan Bedah Kardiotorasik (COT) – 1 Dewan
•Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) – 4 Katil

Tingkat 5 (beroperasi sementara)
•Klinik Kardiotorasik
- Hari konsultasi adalah pada setiap hari khamis dari jam 8 pagi hingga 1 petang


Tingkat 7
•Unit HDU kardiotorasik (CHDU) – 3 Katil 
•Wad Kardiotorasik (CTW) – 12 Katil

Tingkat 8 (belum beroperasi)

•Dewan Bedah Kardiotorasik (COT) – 2 Dewan
•Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU)
  • Dewasa – 8 Katil
  • Pediatrik – 4 Katil
  • Klinik Kardiotorasik


Prepared by Dr. Lee Chang Haur, Department of Cardiothoracic Surgery



Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II