Hospital Queen Elizabeth II

Perubatan Transfusi

Perubatan Transfusi
Perubatan Transfusi
Pemprosesan darah & komponen darah, Rekrutmen & Urus penderma darah, Saring & Bekal Darah

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


1. REKRUTMEN PENDERMA DARAH

  1. Merekrut penderma darah sukarela tanpa bayaran (voluntary non-remunerated).
  2. Melakukan program pendidikan/ kempen berkaitan pendermaan darah dengan kerjasama bersama pihak penganjur.

2. PEROLEHAN PENDERMAAN DARAH DAN PENGURUSAN PENDERMA

  1.  Pendermaan darah utuh dan aferesis secara walk-in dan appointment.
  2. Pendermaan darah
  3. Mengurus penderma darah reaktif dan Seroconvert

 3. PEMPROSESAN DARAH DAN KOMPONEN DARAH

  1.  Penyediaan Whole Blood, Red Cell Concentrates, Platelet, Fresh Frozen Plasma (FFP), Cryoprecipitate dan Cryosupernatant serta special products berdasarkan permintaan.

4. MAKMAL MIKROBIOLOGI TRANSFUSI (MMT)
  1. Penyaringan darah yang didermakan bagi penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV), Hepatitis B, Hepatitis C dan Syphilis menggunakan kaedah serologi dan Nucleic Acid Testing (NAT).
5. PENGURUSAN INVENTORI
  1. Penyimpanan stok bekalan darah yang telah lulus saringan sesuai dan selamat untuk digunakan oleh pesakit di semua hospital kerajaan dan hospital swasta yang mempunyai perjanjian dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
6. MAKMAL IMMUNOHEMATOLOGI (IH)
  1. Menjalankan ujian ABO dan RH grouping, ujian Coombs serta ujian identifikasi antibodi.
  2. Menjalankan ujian Red Cell Phenotyping.
  3. Menjalankan siasatan reaksi pemindahan darah.
7. KAWALAN KUALITI PERUBATAN TRANSFUSI
  1. Memastikan data validasi serta keputusan Installation Qualification (QC), Operational Qualification (OQ) dan Performance Qualification (PQ) dari pengilang disertakan bersama peralatan baru yang diterima.
  2. Memastikan semua produk darah dan komponen darah telah menjalankan ujian kepastian kualiti selaras dengan piawaian Pusat Darah Negara (PDN).

8. PEMPROSESAN DARAH DAN KOMPONEN DARAH

  1. Penyediaan Whole Blood, Red Cell Concentrates, Platelet, Fresh Frozen Plasma (FFP), Cryoprecipitate dan Cryosupernatant serta special products berdasarkan permintaan.MAKMAL MIKROBIOLOGI TRANSFUSI (MMT)Penyaringan darah yang didermakan bagi penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV), Hepatitis B, Hepatitis C dan Syphilis menggunakan kaedah serologi dan Nucleic Acid Testing (NAT).

 9. MAKMAL TRANSFUSI KLINIKAL

  1. Meyakinkan ujian saringan antibodi darah serta ujian keserasian sebelum membekalkan darah kepada pesakit.
  2. Membekalkan komponen-komponen darah berdasarkan keperluan pesakit.
  3. Memastikan Safe Transfusion Practice dan Patient Blood Management (PBM) diamalkan oleh staf-staf klinikal.
Doktor Pakar
Dr. Shahnaz Irwani Binti Sabri
Dr. Shahnaz Irwani Binti SabriPakar Perubatan Transfusi / Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi Sabahshahnaz.is[at]moh.gov.my
Medical Degree (MD) 2002, Master Med (Transfusion) 2011

3. WAKTU BEROPERASI

a) Bahagian Pendermaan Darah

Hari Masa
Isnin - Jumaat 8 pagi - 8 malam
Sabtu 9 pagi - 1 petang
 Ahad & Hari Kelepasan Am Tutup 

 
b) Makmal Transfusi Klinikal

Hari Masa
Isnin - Ahad 24 jam


c) Bahagian Pemprosesan Saringan & Inventori

Hari Masa
Isnin - Ahad 8 pagi - 8 malam


d) IH & Kualiti

Hari Masa
Isnin - Jumaat 8 pagi - 5 petang
 Ahad & Hari Kelepasan Am Tutup 

 

4. HUBUNGI KAMI

No Telefon : 088 – 324 600

  • Samb. 2077 (Pendermaan Darah / Perolehan / Pejabat)
  • Samb. 2092 (GXM) & Samb. 2178 (Aras 2)

No fax : 088 – 269 806

Facebook page : Unit Perubatan Transfusi HQE

Instagram : BloodBank Kota Kinabalu (BBKK)

Lokasi:
Bahagian pendermaan darah terletak di tingkat bawah tanah (Basement) Hospital Queen Elizabeth II bersebelahan Unit Central Sterilization Service (CSSU) dan Makmal Klinikal Transfusi di Unit Patologi (Basement). Manakala Makmal Pemprosesan Saringan, IH, Kualiti dan MMT berada di Aras 2.

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II