Image

Jabatan Radiologi

Pengenalan
Pengenalan
Jabatan Radiologi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal utama dan sangat penting dalam pengurusan rawatan pesakit di hospital. Ini selari dengan objektif penubuhannya untuk mewujudkan perkhidmatan yang bermutu mengikut piawaian yang ditetapkan dengan cekap dan selamat disamping memastikan perlindungan radiasi yang maksimum.
  • Sejajar dengan keperluan yang mendesak bagi perkhidmatan radiologi di HQE II, pada 14 Februari 2011 penempatan anggota kerja jabatan ini telah dimulakan  dengan hanya  4 orang Juru X-ray. Mereka bertugas bersama-sama dengan wargakerja Jabatan Radiologi SMC (swasta) yang pada masa itu masih lagi menggunakan mesin-mesin radiologi serta fasiliti HQE II. Penambahan bilangan tenaga kerja Jabatan Radiologi HQE II seperti Pakar Radiologi, Juru X-ray, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah berterusan.
 
  • Pada 1 Disember 2011, Jabatan Radiologi HQE II yang telah mempunyai kapasiti wargakerja seramai 15 orang iaitu 2 orang Pakar Radiologi, 1 orang Pegawai Perubatan, 11 orang Juru X-ray dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan mula beroperasi sepenuhnya. Namun jabatan baru ini masih berkongsi fasiliti dengan Jabatan Radiologi SMC. Di mana wargakerja jabatan kerajaan dan swasta bekerja bersama-sama dengan penuh harmoni dalam satu fasiliti jabatan.
 
  • Sehinggalah pada 1 Januari 2014, Jabatan Radiologi SMC berpindah keluar dan Jabatan Radiologi HQE II beroperasi sepenuhnya dalam satu jabatan. Wargakerja jabatan ini berikrar dan sentiasa berusaha keras bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, sentiasa bekerjasama dan selesa. Juga kebajikan pesakit dan anggota sentiasa diutamakan.
VISI
Jabatan Radiologi akan menjadi pusat kecemerlangan yang berintegriti tinggi, inovatif, berdaya saing dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta komprehensif melalui anggota yang professional, prihatin dan bertanggungjawab.

MISI
  • Sentiasa berusaha mengutamakan mutu perkhidmatan yang berkualiti
  • Mengutamakan aspek-aspek perlindungan radiasi kepada pesakit,anggota dan orang awam
  • Memastikan kompetensi anggota berada ditahap optimum

OBJEKTIF

Objektif utama Jabatan Radiologi adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan dengan cekap,selamat dan tepat tanpa mengira masa disamping mempastikan perlindungan radiasi yang maksimum. Mewujudkan suasana kerja yang selamat dan kondusif disamping mengutamakan kebajikan pesakit dan anggota.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra, bersopan, hormat, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan risiko pemeriksaan radiografi.
  3. Masa untuk setiap pemeriksaan radiografi am adalah dalam masa 60 minit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  1. Membuat persediaan yang telah diarahkan.
  2. Membawa borang yang betul dan lengkap.
PERKHIDMATAN KLINIKAL

1.0   PENGURUSAN KAUNTER

  1. PENDAFTARAN BORANG PERMOHONAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI
  2. TRACING & DESPATCH FILEM DAN LAPORAN RADIOLOGI
  3. TEMUJANJI PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
2.0   PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
  1. PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
  2. PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM MUDAH GERAK
  3. PEMERIKSAAN RADIOLOGI OPG
3.0   PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
  • PEMERIKSAAN CT SCAN
  • PEMERIKSAAN MRI
  • PEMERIKSAAN ULTRASOUND
  • PEMERIKSAAN FLUOROSKOPI
  • PEMERIKSAAN ANGIOGRAFI
  • PEMERIKSAAN BONE DEXA
  • PEMERIKSAAN MAMMOGRAFI
  • PEMERIKSAAN RADIOLOGI I.I
4.0   PENGURUSAN LAPORAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI

5.0   PENGURUSAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI SEMASA GANGGUAN / DOWN TIME 
  1. PEMBELIAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI HOSPITAL SWASTA
  2. PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI FASILITI KESIHATAN BERDEKATAN

 

PENGURUSAN JABATAN
  1. PENGURUSAN ORGANISASI
  2. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  3. PENGURUSAN POLISI DAN PROSEDUR
  4. PENGURUSAN ASET DAN FASILITI
  5. PENGURUSAN AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI DAN KESELAMATAN
PERKHIDMATAN KLINIKAL

1.0   PENGURUSAN KAUNTER

  1. PENDAFTARAN BORANG PERMOHONAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI
  2. TRACING & DESPATCH FILEM DAN LAPORAN RADIOLOGI
  3. TEMUJANJI PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
2.0   PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
  1. PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
  2. PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM MUDAH GERAK
  3. PEMERIKSAAN RADIOLOGI OPG
3.0   PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
  • PEMERIKSAAN CT SCAN
  • PEMERIKSAAN MRI
  • PEMERIKSAAN ULTRASOUND
  • PEMERIKSAAN FLUOROSKOPI
  • PEMERIKSAAN ANGIOGRAFI
  • PEMERIKSAAN BONE DEXA
  • PEMERIKSAAN MAMMOGRAFI
  • PEMERIKSAAN RADIOLOGI I.I
4.0   PENGURUSAN LAPORAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI

5.0   PENGURUSAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI SEMASA GANGGUAN / DOWN TIME 
  1. PEMBELIAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI HOSPITAL SWASTA
  2. PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI FASILITI KESIHATAN BERDEKATAN

 

PENGURUSAN JABATAN
  1. PENGURUSAN ORGANISASI
  2. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  3. PENGURUSAN POLISI DAN PROSEDUR
  4. PENGURUSAN ASET DAN FASILITI
  5. PENGURUSAN AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI DAN KESELAMATAN

Carta Organisasi Jabatan Radiologi

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Hospital Queen Elizabeth II