Visi, Misi & Objektif Jabatan Pembedahan Kardiotorasik
Kategori : Kardiotorasik


VISI

Akan menjadi pusat pembedahan kardiotorasik yang terulung dari segala aspek perkhidmatan, perubatan dan pembedahan kardiotorasik di Borneo, Filipina, Indonesia dan kawasan-kawasan sekeliling



MISI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan pembedahan kardiotorasik dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa untuk warga negeri Sabah dan utara Sarawak



OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang selamat dan efisien, termasuk penilaian pra-pembedahan, penyediaan pesakit untuk pembedahan dan perlaksaan pembedahan.
  2. Memberikan peruntukan penjagaan wad rawatan rapi kardiotorasik kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan
  3. Menyediakan peruntukan rawatan susulan dan rehabilitasi
  4. Menyediakan perkhidmatan latihan kepada pegawai perubatan dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia
  5. Menjadi pusat pengajaran kardiotorasik dan latihan pakar bedah kardiotorasik yang diiktirafkan sebagai ‘National’ dan ‘International Center’
  6. Menjadi sebuah pusat yang menjalankan peranan yang aktif dalam penyelidikan bidang pembedahan kardiotorasik

Disediakan oleh Dr. Lee Chang Haur, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik