FUNGSI UTAMA
Kategori : Unit Kualiti
Fungsi Utama :

• Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti.

• Memastikan semua Koordinator aktiviti kualiti menyediakan laporan masing – masing sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti dijalankan.

• Menfailkan semua laporan – laporan daripada aktiviti kualiti terkini.

• Melaporkan kepada Pengarah Hospital / Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal & Pengurusan) tentang laporan – laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap Koordinator aktiviti kualiti mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.

• Mengkordinasi mesyuarat kepada semua Jawatankuasa Induk (Pengurusan) Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal / Pengurusan).

• Mengkordinasi dan menjalankan aktiviti kualiti seperti kursus atau bengkel sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

• Mengawasi, melaksanakan dan memantau aktiviti – aktiviti kualiti di Hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen – dokumen yang berkaitan dengan aktiviti pentauliahan akreditasi hospital.

• Penghantaran laporan terkini Jawatankuasa Pelaksana Kualiti serta aktiviti – aktiviti kualiti ke Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan.

• Menyediakan bahan – bahan rujukan kualiti kepada pelanggan (warga Hospital Queen Elizabeth II) serta mempamerkan bahan – bahan kualiti pada Hari Kualiti Hospital Queen Elizabeth II.

• Mengkoordinasikan Persidangan Kualiti sebagai aktiviti tahunan.