PENGENALAN
Kategori : Unit Kualiti
Hospital Queen Elizabeth II

  


Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti Hospital Queen Elizabeth II telah diwujudkan pada 1hb Jun 2012. Jawatankuasa ini telah mengenalpasti kesemua Program Kualiti Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilaksanakan sepenuhnya di Hospital ini dan dijalankan oleh Penyelaras atau Koordinator program kualiti yang dilantik.

Kualiti (Q) adalah sebagai satu alat pengukur tentang sesuatu perkhidmatan yang diberikan ataupun output yang dihasilkan. Kualiti merupakan elemen sangat penting dalam organisasi Hospital Queen Elizabeth II terutama dalam mencapai pentauliahan akreditasi hospital.

Rentetan itu, Unit Kualiti ditubuhkan pada 12hb Jun 2012. Dengan adanya unit ini, ia mempertingkatkan lagi kesemua aktiviti kualiti yang dilaksanakan di peringkat hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan seterusnya pihak Kementerian Kesihatan. Unit ini berfungsi sebagai pusat aktiviti kualiti yang dijalankan oleh Hospital dan merancangkan semua perjalanan aktiviti kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Kementerian Kesihatan.

LOKASI/ PEJABAT

Lokasi pejabat Unit Kualiti terletak di Aras Satu bersebelahan Unit Farmasi Galenikal dan Prabungkus dan berdepan dengan kedai runcit, berhampiran dengan Unit Penolong Pegawai Perubatan dan Unit Kawalan Infeksi.