OBJEKTIF
Kategori : Unit Kesihatan Awam
Adalah menjadi hasrat, Unit Kesihatan Awam Hospital Queen Elizabeth II, Sabah untuk mempastikan semua anggota-anggota dan orang-orang yang berkaitan dalam aktiviti-aktivitinya atau berurusan dengannya sentiasa berada di dalam keadaan persekitaran yang sihat dan selamat.

Unit Kesihatan Awam akan berusaha bersama-sama pihak pengurusan, anggota-anggota hospital dan sesiapa jua yang berkaitan untuk mencapai matlamat ini melalui kerjasama dan komitmen mereka:

• Membantu menyedia dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan sihat.
• Untuk memastikan bahawa semua anggota-anggota hospital adalah diberi maklumat, latihan, arahan dan penyeliaan berkenaan tatacara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat, tanpa risiko kepada kesihatan.


Untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit berkaitan carakerja dan penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital:

• Mencegah dan mengawal kejadian penyakit bawaan vektor (LILATIN) khususnya denggi dikawasan setempat.
• Untuk memastikan anggota-anggota hospital, pesakit dan orang ramai yang berurusan dihospital terhindar daripada risiko jangkitan, bahaya, ancaman kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan.
• Membantu mewujudkan satu persekitaran hospital yang bersih, ceria dan selamat.
• Untuk memastikan setiap pesakit dan keluarga pesakit mendapat khidmat pendidikan dan promosi kesihatan.
• Memastikan aktiviti surveillance, penyelidikan epidemiologi dan latihan-latihan, diselaras dan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
• Membangun serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan pencegahan penyakit, kecederaan dan aspek keselamatan pekerjaan.