PENGENALAN
Kategori : Kardiotorasik Anestesia dan Perfusi
Hospital Queen Elizabeth II

  


Perkhidmatan Jabatan Kardiotorasik Anestesia dan Perfusi telah mula beroperasi sejak pertengahan tahun 2010. Terdapat tiga unit atau perkhidmatan di bawah jabatan ini iaitu perkhidmatan anestesia, perkhidmatan perfusi dan perkhidmatan makmal respiratori. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada semua pesakit yang menjalani pembedahan jantung terbuka dan pembedahan paru-paru.