PENGENALAN
Kategori : Seksyen Perolehan, Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti
Hospital Queen Elizabeth II

  


Seksyen ini bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembangunan kemudahan dan infastruktur, serta pengurusan dan penyelenggaraan aset hospital ini agar perkhidmatan dan kemahiran yang diberikan adalah berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif hospital ini.

Seksyen Perolehan, Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Hospital ini diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dengan dibantu oleh seorang Penolong Akauntan Gred W29, seorang Pembantu Tadbir Gred N22 dan enam (6) orang Pembantu Tadbir Gred N19. Lokasi unit ini adalah di Jabatan Pengurusan, Aras 1, Hospital Queen Elizabeth II.