Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Bancian
Apakah nama yang sesuai untuk menggantikan nama Hospital Queen Elizabeth II?
Hospital Bandaraya Kota Kinabalu (HBKK)
Hospital Damai Kota Kinabalu (HDKK)
Hospital Damai Luyang (HDL)
Jumlah Undian: 1191
Bancian ini akan ditutup pada 2017/9/20 3:05
Komen?

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Klinikal > Nursing > Unit Kejururawatan

Unit Kejururawatan

PENGENALAN

Unit Kejururawatan memulakan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth II pada bulan November 2008 bermula di sebuah bilik yang terletak di Level 2 bersama-sama dengan Wad Perubatan Surgikal / Ortopedik semasa wad Surgical / Ortopedik berpindah ke bangunan Sabah Medical Centre (SMC). Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia membeli bangunan SMC pada Mac 2010, Unit Kejururawatan telah berpindah ke sebuah pejabat yang lebih luas dan besar di Level 1 yang boleh memuatkan anggota lebih kurang 14 orang.

Unit Kejururawatan diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat U42 dan dibantu oleh beberapa anggota dari pelbagai kategori jawatan iaitu seorang Penyelia Jururawat U36, seorang Ketua Jururawat U32, dua (2) orang Jururawat U29 dan dua (2) orang Pembantu Perawatan Kesihatan.


Perkhidmatan Kejururawatan di Hospital Queen Elizabeth II memainkan peranan penting untuk melancarkan proses perawatan kejururawatan kepada pesakit. Anggota jururawat sangat diperlukan dalam sesebuah Hospital untuk mengendalikan Standard Operating Prosedur yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan pesakit.

VISI

Ke arah perawatan yang profesional dengan mengamalkan nilai-nilai murni.

MISI

Memberi perawatan holistik yang cekap, selamat, efektif dan berkualiti.

OBJEKTIF

 Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dari aspek, preventif, kuratif dan rehabilitasi.
 Meningkatkan amalan kejururawatan melalui pendidikan kejururawatan berterusan.
 Menilai dan memantau tahap perawatan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan Piawaian Kejururawatan.
 Membimbing dan menyokong anggota jururawat dalam peningkatan pembelajaran dan kemajuan diri.
 Bekerjasama dengan rakan jururawat dan institusi pendidikan lain bagi memberi pengalaman klinikal kepada pelajar.
 Mendorong dan mengadakan penyelidikan kejururawatan.

PIAGAM PELANGGAN

 Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan.
 Surat dan pekeliling rasmi akan diedarkan ke Unit / Wad / klinik dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja selepas diminitkan untuk tindakan.
 Menyediakan Continuous Nursing Education (CNE) dan kursus - kursus untuk keperluan Continuous Professional Development (CPD) dan buku log bagi memenuhi 40 mata kredit (7 hari berkursus).
 Memastikan setiap jururawat membuat permohonan pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (Annual Practising Certificate) bagi tahun berikutnya sebelum 30 September setiap tahun.
 Setiap aduan yang dikemukakan ke atas anggota di bawah seliaan Unit Kejururawatan akan disiasat dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Aduan dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Unit Kejururawatan adalah:
Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah dalam tugas pentadbiran dan pengurusan hospital.
 Merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Kejururawatan bagi semua kategori jururawat termasuk menyelaras perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan.
 Merupakan unit yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan perawatan pesakit dalaman dan luaran melalui proses perawatan kejururawatan.
 Merupakan sebuah unit yang menguruskan dan memantau penguatkuasaan Sijil Pengamalan Kejururawatan Tahunan Jururawat.
 Mengurus dan memantau penguatkuasaan kepatuhan kepada kod-kod amalan professional.
 Mengurus kawalan mutu program kualiti dalam kejururawatan.
 Memainkan peranan penting dalam aktiviti kualiti hospital.
 Memainkan peranan untuk memastikan Continuous Nursing Education dijalankan sepanjang tahun.


WAKTU BEROPERASI

Isnin hingga Khamis
8.00 am hingga 1.00 pm
2.00 pm hingga 5.00 pm

Jumaat
8.00 am hingga 11.30 am
2.00 pm hingga 5.00 pm

Sabtu /Ahad/Cuti Umum
Tutup
 

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

iSPAAA

iSPAAA

Maklum balas daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM

 

Kalendar Aktiviti
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Tahukah Anda ?
Did you kow that when you walk down a steep hill, the pressure on your knees is equal to three times your body weight.
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.