Piagam Pelanggan
Farmasi Pesakit Luar
- Setiap pelanggan akan dilayan secara professional tanpa mengira keturunan, agama atau latar sosio- ekonomi.
- Memastikan ubat- ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
- Setiap pelanggan akan dibekalkan ubat-ubatan yang betul, berkualiti dan dilabel dengan jelas.
Farmasi Pesakit Dalam
- Setiap pelanggan akan dilayan secara professional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio- ekonomi.
- Memastikan ubat- ubatan troli dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh masa DUA (2) jam selepas menerima pesanan/ preskripsi/ carta perubatan yang lengkap.
- Setiap pelanggan akan dibekalkan ubat- ubatan yang betul, berkualiti dan dilabel dengan jelas.
- Setiap pelanggan yang discaj dalam waktu pejabat boleh mendapatkan bekalan ubat secara “Bedside dispensing”.
Stor Utama Farmasi
- Memenuhi permintaan unit pengguna pada kadar 90%-100%
- Membekalkan permintaan kepada unit pengguna dari tarikh pesanan diterima dalam tempoh DUA (2) hari bekerja.
- Membekalkan permintaan segera*/kecemasan* dalam tempoh 24 jam.
- Memberikan perkhidmatan yang mesra dan sedia membantu.
*NOTA
Item segera/ kecemasan = item penyelamat nyawa/diperlukan dalam keadaan terdesak dan tidak disengajakan.
Pusat Maklumat Ubat
- Setiap pelanggan akan dilayan secara professional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
- Memastikan agar setiap soalan mengenai ubat-ubatan akan dijawab dengan kadar segera (tidak melebihi 5 jam) berdasarkan kepada “evidence based”.
- Laporan kesan adverse YANG DITERIMA DENGAN LENGKAP akan dihantar secara online ke MADRAC dalam tempoh masa 3 hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
- Permohonan untuk ubat bukan standard dan proforma A,B dan D yang diterima dengan lengkap akan diproses dalam masa kurang dari 10 hari tempoh hari bekerja untuk dihantar ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.