Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Tahukah Anda ?
6 orang diserang sakit jantung setiap 1 jam dan 144 orang sehari. 90% daripada mangsa serangan meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan hanya 10% yang kembali sihat.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Queen Elizabeth II adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.

 

Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.

 

TERAPI SOKONGAN

Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:

  1. khidmat perundingan
  2. sokongan emosi
  3. intervensi krisis

meliputi kes keganasan rumah tangga ibu tanpa nikah penderaan dan pengabaian kanak-kanak jenayah seksual dan kes-kes lain yang berkaitan termasuk pesakit akut dan kronik.

 

 

Bantuan terapi sokongan diberi kepada:

  • Pesakit warganegara Malaysia.
  • Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
  • Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.

 

BANTUAN PRAKTIK

Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek:

  1. bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
  2. penempatan institusi
  3. mengesan waris.

 

Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.

  • Bantuan praktik yang melibatkan bantuan kewangan dan penempatan institusi hanya diberi kepada pesakit warganegara Malaysia.
  • Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi bagi mengesahkan pengenalan diri.

 

  Print article

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

ICT Tips & Tricks

ICT TIPS & TRICKS height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

Kalendar Aktiviti
November 2019
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2019 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.