Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Bancian
Apakah nama yang sesuai untuk menggantikan nama Hospital Queen Elizabeth II?
Hospital Bandaraya Kota Kinabalu (HBKK) 56% (745)
Hospital Damai Kota Kinabalu (HDKK) 33% (442)
Hospital Damai Luyang (HDL) 9% (124)
Jumlah Undian: 1311
Bancian ini akan ditutup pada 2017/9/20 3:05
Komen?

PENGENALAN

Hospital Queen Elizabeth II

  



Selaras dengan misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), adalah penting bagi penduduk Malaysia khasnya penduduk negeri Sabah menjadi sebuah masyarakat yang sihat dan berpengetahuan luas dalam aspek kesihatan. Justeru itu, Kempen Cara Hidup Sihat telah dilancarkan oleh KKM pada tahun 1991.

Tujuan utama kempen tersebut adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran tentang kesihatan dan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan cara hidup sihat. Di peringkat hospital, pendidikan kesihatan merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran tentang penjagaan kesihatan mereka sendiri dengan penekanan tentang amalan cara hidup sihat menerusi promosi dan penjagaan kesihatan secara terancang.

Program Pendidikan Pesakit telah mula diperkenalkan di hospital-hospital di malaysia pada Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah Hospital Besar di malaysia termasuklah Hospital Queen Elizabeth. Dahulu Unit Promosi Kesihatan dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan namun pada tahun 2000 nama tersebut ditukar kepada Unit Promosi Kesihatan oleh UPK Negeri dan pegawainya dipanggil sebagai Pegawai Promosi Kesihatan.

Unit Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit Hospital Queen Elizabeth II telah mula beroperasi pada tahun 2012 dengan tugas dan peranan unit ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit Kejururawatan. Pada 23 Februari 2015 unit ini secara rasminya telah diletakkan di bawah seliaan seorang Pegawai Promosi Kesihatan. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal kepada jabatan-jabatan dan unit-unit dalam mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan pesakit. Unit ini terletak di Aras 8, Hospital Queen Elizabeth II.

 

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

ICT Tips & Tricks

ICT TIPS & TRICKS height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

Kalendar Aktiviti
April 2018
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
Tahukah Anda ?
Kajian Framingham (US) mendapati menghisap rokok akan meningkatkan risiko diserang strok sebanyak 2 kali ganda!
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2018 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.