Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Bancian
Apakah nama yang sesuai untuk menggantikan nama Hospital Queen Elizabeth II?
Hospital Bandaraya Kota Kinabalu (HBKK)
Hospital Damai Kota Kinabalu (HDKK)
Hospital Damai Luyang (HDL)
Jumlah Undian: 1191
Bancian ini akan ditutup pada 2017/9/20 3:05
Komen?

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

PENGENALAN

Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Hospital Queen Elizabeth II telah mula beroperasi semenjak tahun 2009 yang diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N32. Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia merupakan salah satu daripada empat Seksyen di dalam Jabatan Pejabat Jabatan Pengurusan terletak di Aras 1 Jabatan Pengurusan, Hospital Queen Elizabeth II.

Bahagian ini terbahagi kepada tujuh (7) unit seperti berikut :
• Unit Pentadbiran Am
• Unit Keselamatan dan Perlindungan
• Unit Pegawai Khidmat Pelanggan
• Unit Perjawatan dan HRMIS
• Unit Perkhidmatan dan Sumber Manusia
• Unit Latihan
• Unit Tatatertib dan Harta/Nilaian Prestasi


Secara amnya; Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pentadbiran Am, Keselamatan dan Perlindungan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Perjawatan dan HRMIS, Perkhidmatan dan Sumber Manusia, Latihan dan Tatatertib dan Harta/Nilaian Prestasi.


Klik untuk paparan carta organisasi lebih terperinci

VISI

Memberi perkhidmatan yang cekap dalam urusan pentadbiran demi kecemerlangan Jabatan Pengurusan, Hospital Queen Elizabeth II.

MISI

Menyediakan perkhidmatan sokongan dan khidmat nasihat dalam urusan pentadbiran dan mempastikan Sekyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Hospital Queen Elizabeth II dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

OBJEKTIF

• Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia Hospital Queen Elizabeth II bertanggungjawab untuk mengurus hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan Pengurusan Am, Kemudahan Penginapan Kompleks On-Call, Keselamatan, Perhubungan Pelanggan, Perjawatan dan Perkhidmatan Personel semua Pegawai dan Kakitangan serta melaksanakan Arahan-arahan dan Pekeliling-pekeliling Kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

• Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia akan memastikan pengurusan Hospital Queen Elizabeth II berjalan dengan teratur, cekap dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN

• Memastikan dokumen urusan persaraan anggota diproses dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh persaraan.
• Memastikan aduan diterima diberi Surat Akuan Terima dalam tempoh 1 hari bekerja
• Memastikan semua anggota membuat pengisytiharan harta bagi lantikan baharu dan dan setiap lima (5) tahun
• Memastikan iklan dan maklumat pelaksanaan LDP dihebahkan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas menerima surat menyurat yang berkaitan.
• Memastikan kawalan keselamatan perlindungan HQE II dari segi aspek fizikal, dokumen dan peribadi berada dalam keadaan optimum sepanjang masa.

AKTIVITI & FUNGSI UTAMA

Antara tugas dan tanggungjawab Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia adalah:-

• Penerimaan Surat Rasmi, Berdaftar dan Persendirian
• Penyediaan dan Penghantaran Surat Pos Biasa, Berdaftar dan Pos Laju.
• Permohonan Membuka Fail Baharu Jabatan, Penutupan dan Pelupusan Fail.
• Pengendalian Peruntukan Kenderaan Pegawai Gred Khas
• Menyediakan Pelekat Kenderaan Kakitangan
• Pemantauan Kompleks bagi Doktor Atas Panggilan.
• Urusan Tempahan Bilik Mesyuarat dan Tempahan Makanan
• Memproses Kad Pengenalan Jabatan hospital
• Memastikan Kawalan dan Keselamatan hospital dijaga
• Menguruskan perkhidmatan anggota bermula dari penempatan anggota hingga persaraan anggota
• Menguruskan Perjawatan dan permohonan ABM
• Menguruskan Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Nilaian Prestasi anggota HRMIS
• Menguruskan dan mengendalikan kes tatatertib pegawai dan anggota
• Mengendalikan urusan pengisytiharan harta pegawai dan anggota
• Mengendalikan urusan latihan anggota
• Mengendalikan urusan permohonan lawatan rasmi/peribadi keluar negara
• Menerima dan melayan setiap panggilan telefon masuk keluar dengan berhemah
• Melayan pertanyaan setiap pelanggan yang datang


WAKTU OPERASI

Isnin-Khamis
8.00 pagi – 5.00 petang
1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)

Jumaat
8.00 pagi – 5.00 petang
11.30 pagi – 2.00 petang (Rehat)

LOKASI

Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia terletak di:
Aras Satu
Hospital Queen Elizabeth II
Lorong Bersatu Off Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu
Sabah
 

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

iSPAAA

iSPAAA

Maklum balas daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM

 

Kalendar Aktiviti
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Tahukah Anda ?
Did you kow that when you walk down a steep hill, the pressure on your knees is equal to three times your body weight.
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.