Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Bancian
Apakah nama yang sesuai untuk menggantikan nama Hospital Queen Elizabeth II?
Hospital Bandaraya Kota Kinabalu (HBKK) 56% (745)
Hospital Damai Kota Kinabalu (HDKK) 33% (442)
Hospital Damai Luyang (HDL) 9% (124)
Jumlah Undian: 1311
Bancian ini akan ditutup pada 2017/9/20 3:05
Komen?

Unit Kawalan Infeksi

PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi Hospital Queen Elizabeth II mula beroperasi pada 19 Julai 2010. Unit ini mempunyai seorang Penyelia Jururawat gred U42, 2 orang Ketua Jururawat gred U32 dan 2 orang Jururawat gred U29.

Anggota Unit Kawalan Infeksi mempunyai tanggungjawab dan objektif memberi latihan, kesedaran, pengetahuan kepada warga hospital disamping menjaga dan mengawal jangkitan kepada semua wad dan unit yang terdapat di hospital ini seperti berikut:

 

BIL

 

WARD/UNIT

 

ARAS

 

1

 

CICU ( Cardiac Intensive care unit)

8

 

2

 

CCU (Coronary Care Unit)

8

 

3

 

MSW ( Male Surgical Ward)

7

 

4

 

FSW ( Female Surgical Ward)

7

 

5

 

CRW (Cardiac Rehabilitation Ward)

7

 

6

 

CTW (Cardiothoracic Ward)

7

 

7

 

NSW (Neurosurgery Ward)

7

 

8

 

HDW

7

 

9

 

MOW (Male Orthopedic Ward)

6

 

10

 

FOW (Female Orthopedic Ward)

6

 

11

 

UROLOGY

6

 

12

 

MMW1 (Male Medical Ward 1)

5

 

13

 

FMC (Female Medical Chronic)

3

 

14

 

FPP (Full Paying Patient)

3

15

ICU (Intensive Care Unit)

2

16

PICU (Paediatric Intensive Care Unit)

2

16

PICU (Paediatric Intensive Care Unit)

2

17

PCW (Paediatric Intensive Care Ward)

2

18

NHDW (Neurosurgery High Dependency Ward)

2

19

MHDU (Medical High Dependency Ward)

2

20

ETD (Emergency and Trauma Deparment)

2



LOKASI
Lokasi unit ini adalah di Aras 1, berhadapan kedai runcit Hospital Queen Elizabeth II.

VISI
Unit Kawalan Infeksi akan menjadi pusat rujukan Hospital untuk mencegah dan mengawal Jangkitan Nosokomial sesuai dengan perkembangan perubatan semasa.

MISI
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan mempastikan program kawalan infeksi dilaksanakan selaras dengan polisi dan garispanduan kawalan infeksi yang terkini agar kualiti penjagaan pesakit lebih diutamakan kearah masyarakat yang sihat.

OBJEKTIF
Umum
 Mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial.

Khusus
 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan wargakerja berkaitan dengan amalan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
 Melindungi wargakerja daripada sebarang jangkitan nosokomial dan kecederaan semasa bertugas.


TUGAS UTAMA
Antara tugas dan tanggungjawab Unit Kawalan Infeksi adalah:

 Membuat pemantauan ketidakpatuhan Standard Precaution di wad dan unit.
 Membuat audit komplian hand hygiene.
 Melawat kes –kes nosokomial di wad dan memberi pengetahuan berkaitan pengendalian kes berjangkit.
 Membuat audit environment wad dan unit.
 Memberi “bedside teaching “kepada anggota wad berkaitan ketidak patuhan amalan “standard precaution”.
 Mengadakan pameran pada hari kawalan infeksi
 Menjalankan klinik seperti dalam jadual klinik yang disediakan
 Menjalankan mesyuarat unit, Link Nurs /Link, ahli jawatankuasa kawalan infeksi dan antibiotik.
 Mengambil “environmental swab” semasa wabak berlaku atau bila terdapat masalah wad atau unit.
 Memberi orientasi kepada anggota baru dan Houseman
 Memberi ceramah berkaitan kawalan infeksi.
 Mengendalikan kursus dan latihan kawalan infeksi.
 Mengendalikan kes – kes tusukan jarum dan benda tajam kepada anggota hospital.
 Membuat saringan Hepatitis B dan TB kepada anggota.
 Memberi suntikan Imunisasi Hep B dan Mountox Test kepada anggota
 Menghadiri mesyuarat.
 Menghadiri kursus dalaman dan luaran.
 Membuat laporan bulanan dan menghantar laporan kepada JKNS dan KKM.
 Membuat kajian Point Prevalence dan BSI (Blood stream Infection) dua kali setahun.
 Membuat survelan SSI pada bulan yang ditentukan.
 Merujuk kepada pakar kawalan infeksi bila berlaku sebarang masalah.

PIAGAM PELANGGAN
 Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan.
 Setiap pelanggan akan dilayan mengikut jadual klinik yang ditetapkan.
 Setiap pelanggan yang mengalami kecederaan akibat tusukan benda tajam atau terkena percikan darah atau cecair tubuh akan dirujuk kepada Doktor Kawalan Infeksi dalam masa dua jam dari masa pelanggan melapor diri di Unit Kawalan Infeksi.
 Pelanggan akan menerima rawatan PEP (Post Exposure Prophylaxis) dalam masa 24 jam (jika perlu).

WAKTU BEROPERASI
ISNIN - KHAMIS
7.30 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang

JUMAAT
7.30 pagi - 11.30 pagi
2.00 petang - 5.00 petang
SABTU, AHAD & HARI KELEPASAN AM
Tutup
 

Muat Turun Fail
Nama Fail Tarikh Penerbitan Hits
Download this file Jadual Klinik Kawalan Infeksi
Hubungi 088-324600 sambungan 2059 / 2108 untuk maklumat lanjut.
2016/10/5 188

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

ICT Tips & Tricks

ICT TIPS & TRICKS height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

Kalendar Aktiviti
Disember 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Tahukah Anda ?
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.