Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Bancian
Apakah nama yang sesuai untuk menggantikan nama Hospital Queen Elizabeth II?
Hospital Bandaraya Kota Kinabalu (HBKK) 56% (745)
Hospital Damai Kota Kinabalu (HDKK) 33% (442)
Hospital Damai Luyang (HDL) 9% (124)
Jumlah Undian: 1311
Bancian ini akan ditutup pada 2017/9/20 3:05
Komen?

Artikel > Media > Khasiat cengkih

Khasiat cengkih

Berita Harian

Jumaat, 04/10/2013


Oleh Nor Affizar Ibrahim


Rupa bentuknya kecil tetapi ia ada banyak kegunaan dan memberi manfaat untuk kesihatan. Apa yang pasti, apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah mengenalinya sebagai bahan masakan.


Kegunaan utamanya dalam masakan, antaranya adalah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambah rasa sedap. Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih.


Aroma semerbak yang diterbitkan apabila bunga cengkih ditumis bersama dengan bahan rempah ratus lain, termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi dan sebagainya, membangkitkan selera sehingga rasa tidak sabar untuk menikmati masakan itu.


Cengkih digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah serbuk. Ia bukan sahaja digunakan di Asia, malah di Eropah.


Selain menyedapkan masakan, dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) dalam daging.


Caranya, gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.


Bukan sahaja untuk aroma makanan, ramuan cengkih juga digunakan untuk menghasilkan wangian yang memberikan haruman dengan impak tersendiri.


Bantu tingkatkan kesihatan


Satu lagi cerita menarik mengenai cengkih yang pernah diperkatakan ialah mengenai amalan seorang guru agama di pondok tersohor di Kelantan, yang selalu mengunyah rempah itu sejak berumur 17 tahun lagi. Walaupun sudah mencecah usia 90-an, Tok Guru itu dikatakan, masih sihat dan boleh mengaji al-Quran dan mengajarnya dengan baik.


Amalan Tok Guru itu mengunyah cengkih 10 kuntum setiap hari dan menghisap airnya, dikatakan membantu meningkatkan kesihatannya supaya sentiasa sihat manakala penglihatannya masih tajam. Itulah antara kehebatan cengkih, tanpa perlu mengeluarkan belanja  banyak, ia ternyata amat berguna dan memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan.


Hakikatnya, cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.


Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.


Penyelidik Jepun mendapati, seperti kebanyakan rempah ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.

Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.


Penggunaan rawatan tradisional

Selain itu, ia juga digunakan  secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria. Justeru, untuk gusi yang sihat, masukkan satu atau dua sudu cengkih dalam satu cawan teh pekat dan minum.


Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.


Khasiat itu juga menyebabkan sejak dahulu, cengkih terkenal digunakan sebagai ramuan untuk perubatan tradisional. Antaranya, menghilangkan bau mulut iaitu dengan cara, ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang kering dan kunyah.


Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak. Caranya, rendam semalaman beberapa kuntum cengkih di dalam air masak, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau sehingga rata. Lalu, minum air berkenaan sedikit demi sedikit secara teratur.


Ada juga menggunakannya untuk mengubati batuk iaitu dengan mencampurkan bersama beberapa bahan lain seperti sirih, pelaga, gula batu dan sebagainya. Bahan yang dicampur direbus, kemudian airnya ditapis dan diminum dua kali sehari bagi menghilangkan batuk.


Selain untuk rawatan, cengkih juga berguna untuk beberapa petua lain seperti untuk mengusir nyamuk dan semut. Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.

 

Navigasi Artikel
Previous article Bahaya gula Drink to reduce cholesterol Next article
Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

ICT Tips & Tricks

ICT TIPS & TRICKS height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

Kalendar Aktiviti
Disember 2018
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
    Bengkel Pengenalan Hazad, Identifikasi dan Kawalan
    User Training For Fire Fighting
    CNE Session
    Orientasi Bil. 4/2018
    CME Hospital
Tahukah Anda ?
Did you kow that when you walk down a steep hill, the pressure on your knees is equal to three times your body weight.
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2018 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.