Hospital Queen Elizabeth II | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa : English Bahasa Melayu
Facebook Feed
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Pekeliling JPA

JPA PPSPP

Warga HQE II
Warganegara
Warga Asing
Tahukah Anda ?
Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Kencing Manis, akan meningkatkan risiko kematian apabila dijangkiti virus H1N1 (selsema babi)

Life Water K2, HQE II adakan Kempen Derma Darah pada 14 Jun

Life Water K2, HQE II adakan Kempen Derma Darah pada 14 Jun

KOTA KINABALU: Life Water Industries Sdn Bhd (Life Water K2) bersama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu akan mengadakan Kempen Derma Darah pada 14 Jun depan, bermula jam 8 pagi hingga 4 petang, di lobi Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini.

Pengarah program Sim Kwang Liang berkata ia diadakan bersempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2019.

Katanya, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baru dilantik Phoong Jin Zhe yang juga Adun Luyang akan menyempurnakan pelancaran Hari Penderma Darah Sedunia 2019 peringkat HQE II dan seterusnya menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan Jangka Panjang antara Life Water Industries dan HQE II yang akan diadakan di auditorium hospital berkenaan.

Beberapa wakil dari Life Water Industries diketuai Sim bersama Pengarah Pemasaran Life Water K2 Kay Chu dan Pengurus Jualan Wong serta wakil HQE II telah mengadakan pertemuan dengan Adun Luyang itu di Pusat Komuniti Adun Luyang di sini baru-baru ini.

Turut bersama dalam rombongan itu ialah Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah Dr Shahnaz Irwani Sabri, Penolong Pegawai Penerangan Dayang Rizaniyah Mohd Ghazali dan Pegawai Perubatan Dr Muhammad Nazif Md Shah.

Sim menjelaskan, dalam pertemuan secara rasmi dengan Phoong, pihaknya telah melaporkan perkembangan kempen itu dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Life Water Industries terhadap masyarakat terutama dalam usaha mengadakan kempen derma darah.

Dalam pertemuan itu juga, Phoong telah memberikan respon positif dan bersetuju akan menghadiri program kempen darah berkenaan.

Rombongan Life Water K2 dan HQE II berbesar hati dan merakamkan terima kasih kepada Phoong kerana sudi menghadiri kempen itu.

Orang ramai dipelawa menyertai kempen derma darah berkenaan dan mereka yang minat boleh mendaftar dalam talian di http://bit.ly/190614_bloodcampaign

“Setiap penderma akan mendapat hadiah pada hari kempen diadakan dan penderma berdaftar atas talian akan diberikan hadiah istimewa tambahan yang terhad kepada ‘siapa cepat dia yang dapat’,” kata Sim dalam satu kenyataan media.

Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 10 Jun 2019 dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi 016-8338958 (Sim).

Life Water K2, HQE II Adakan kempen Derma Darah pada 14 Jun

  Print article

Carian
Intranet

Sistem Intranet

Garis Panduan EKSA

Garis Panduan EKSA height=

ICT Tips & Tricks

ICT TIPS & TRICKS height=

1GovUC Outlook Web App

1GovUC OWA

Kalendar Aktiviti
September 2019
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
Kod QR HQE2

QEH2 QR Code

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)


Hak Cipta Terpelihara Hospital Queen Elizabeth II 2019 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Hospital Queen Elizabeth II tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.